Bisnis Online
Home » » 3 Cara Berkesan Melajukan Loading Blog WordPress

3 Cara Berkesan Melajukan Loading Blog WordPress

Semenjak beberapa tahun yang lalu, saya lihat semakain ramai yang mula bergiat didalam dunia blogging. Pengguna internet sekarang ini juga sudah semakin meningkat secara mendadak. Jadi blog bukanlah satu perkara asing lagi kepada pengguna internet masa kini.
Disebabkan terlau ramai yang membuat blog sama ada blog percuma ataupon di hosting berbayar, mungkin ramai diantara mereka lupa untuk memastikan blog mereka lebih mesra pengunjung.
Diantara blog yang mesra pengunjung adalah blog yang lebih cepat atau laju loadingnya. Jika ingin blog anda lebih ramai pengunjung, pastikan juga loading blog anda hanya memerlukan beberapa saat.
Kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya semasa saya membuat pengubahsuaian supaya blog wordpress ini lebih laju daripada biasa. 3 Cara melajukan loading blog wordpress ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi setiap orang berbeza caranya.

Pertama sekali, cuba anda ukur kelajuan blog anda sekarang ini (sebelum mengikuti tutorial ini) di web GTmetrix.com. Sudah tahu gred blog anda? Pastikan anda simpan keputusan yang diperoleh daripada GTmetrix ini supaya anda boleh melihat perbezaannya selepas menggunakan 3 teknik ini.
Kemudian, anda cuba ikuti cara melajukan loading blog wordpress ini.
Teknik pertama :
Download dan aktifkan plugin W3 Total Cache.
Selepas mengaktifkannya, anda perlu membuat beberapa setting pada plugin tersebut. Cuba lakukan setting seperti berikut :
1. Dibahagian sidebar (dashboard admin), pilih Performance ->> General Settings.
General Settings
Tick pada box (Toggle all caching types on or off at once) tersebut dan save all settings.
Kemudian, scrol kebawah sehingga jumpa bahagian Minify seperti gambar ini.
Minify General Settings
Ikut sahaja setting seperti gambar diatas. Selepas itu klik save all settings.
Jika plugin W3 Total Cache meminta untuk Empty Cache, anda lakukan sahaja.
2. Dibahagian sidebar (dashboard admin), pilih Performance ->> Minify
Minify Subsection
Ikut sahaja setting seperti didalam gambar dan klik save all setting.
3. Dibahagian sidebar (dashboard admin), pilih Performance ->> Browser Cache
Anda tick pada :
  1. Set expires header
  2. Set cache control header
  3. Set entity tag (eTag)
  4. Set W3 Total Cache header
  5. Enable HTTP (gzip) compression
Browser Cache Subsection
Jangan lupa untuk klik save all settings.
Selesailah cara setting plugin W3 Total Cache ini. Anda boleh explore sendiri jika terdapat setting yang anda rasa perlu diubah suai.
Teknik Kedua :
Download dan aktifkan plugin WP Smush.it
Smush.it
Plugin WP Smush.it ini tidak memerlukan apa-apa setting kerana ianya akan berjalan secara automatik. Jika anda mahu menjalankan plugin ini secara manual, anda boleh lihat menu smush.it di Dashboard admin ->> Sidebar Menu ->> Media ->> Bulk Smush.it
Disitu anda boleh membuat smush.it secara manual. Plugin Smush.it ini akan mengoptimumkan saiz image yang anda upload ke blog wordpress anda supaya ianya lebih kecil dan ringan. Ini dapat mengurankan beban semasa loading blog anda.

Teknik ketiga :

Setting Optimize Website Compress di Cpanel.
1. Login ke Cpanel anda, taipkan http://domain-anda.com/cpanel (tukar domain-anda.com)
2. Scroll kebawah sehingga jumpa bahagian Software / Services
Software/Services
3. Pilih Optimize Website
Compress MIME type
Anda tick pada Compress the specified MIME types dan kemudian masukkan code ini didalam box MIME Type.
text/css application/x-javascript application/javascript text/javascript
4. Klik Update settings. Selesai.
Sekarang, cuba anda semak kelajuan blog anda di gtmetrix.com selepas menggunakan 3 teknik ini. Sepatutnya blog anda akan bertambah laju daripada sebelum ini. 3 Cara melajukan loading blog wordpress ini adalah hasil daripada uji kaji saya sendiri.
Berdasarkan keputusan yang anda perolehi daripada gtmetrix tersebut, anda cubalah optimumkan sebaik mungkin. Kebiasannya gambar yang mempunyai saiz yang besar akan melambatkan loading. Begitu juga gambar template / theme blog wordpress yang anda gunakan.
Anda berpuas hati dengan kelajuan blog anda sekarang? Cuba bandingkan dengan blog Rtikel.com ini.

PENTING!!!
ANDA TIDAK BEKERJA? INGIN TAHU INFORMASI LOWONGAN KERJA TERBARU DI KOTA ANDA? KUNJUNGI LOWONGAN KERJA TERBARU DISINI
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Delta Komputer

0 komentar:

Posting Komentar

 
Support : PING by :Ping-o-Matic | Pusat Promosi
Copyright © 2011. Tutorial dan Free Download - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Re Design by Bang Aris